Selasa, 15 Jun 2010

Mak ngah tijah

pada suatu hari baru balik dari pekan labok tetiba aku terserempak mak ngah tijah lalu bertanya aku kenapa ramai orang keling mati jawabku sambil berlalu,nanti kejap kata nya makngah nak tanya, keling tu melayu ke china,aku menjadi hairan lalu menjawab keling keling lah mana pula china atau melayu, eh susah lah budak ni mak ngah tahulah dia tu keling,yang mak ngah nak tahu ialah keling tu samaada china atau melayu.Aku naik bosan dengan pertanyaan makngah tijah yang berbelit belit.bila sampai rumah aku cerita pada ayah aku ayahku tersenyum,lalu kata nya maqsud makngah tijah dengan china ke melayu tu erti nya islam ke kafir kerana orang kampong menggambar kan bahawa melayu tu islam danchin itu kafir mereka juga tidak tahu ada lagi bangsa lain dalam dunia ini,yang mereka tahu ia lah melayu china keling dan orang puteh kesisn betul

Isnin, 14 Jun 2010

Pesta selepas menuai

Kalau di Sabah ada pesta Ka amatan , di Sarawak ada pesta Gawai maka di kg saya pun ada pesta yang di buat tapi secara kecilan 1 Kenduri beras baru,ia nya di buat secara individu 2 pesta menuba ikan di buat secara beramai ramai dan ikan nya di kumpul untuk di buat kuah laksa biasa nya di buat di rumah Ketua kampong 3 bagi kanak kanak dan orang muda pesta bermain layang layng di adakan di bendang yang telah kosong 4 Binatang ternakan juga di lepas bebas keran bendang telah kosong
Tapi sekarang pesta seperti itu telah tiada lagi entah kenapa

Ahad, 13 Jun 2010